Wednesday, November 12, 2014

Ammar matang seiring usia

 Oleh Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my.

Andainya masa boleh diputar, dia ingin menebus semua kesilapan lalu kerana kesilapannya itu, dia terpaksa menanggung akibatnya apabila dipulaukan pihak media tempatan selama empat tahun.


Bukan saja disisihkan media, produksi dan pengarah drama serta filem juga enggan mengambilnya berlakon sepanjang tempoh berkenaan.


Semuanya gara-gara tindakan melulunya melemparkan kata-kata kurang manis dan berbaur ugutan kepada wartawan hiburan menerusi laman sosial Facebook miliknya kerana tidak berpuas hati dengan liputan pergaduhannya bersama bekas kekasih yang juga pelakon Puteri Sarah pada majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie pada 2010.


Selepas sekian lama menyepi, bekas model pakaian dalam dan pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi, Ammar Alfian kembali untuk menyemarakkan persada hiburan tempatan.


Kali ini, pemilik nama sebenar, Ammar Alfian Aziz, 27, mengakui dia ingin tampil dengan imej yang lebih bersih dan sesuai dengan kematangan usianya sekarang


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.





Rentung atas katil

Rentung atas katil | Harian Metro eval(function(p,a,c,k,e,r){e=function(c){return(c35?String.fromCharCode(c+29):c.toString(36))};if(!''.replace(/^/,String)){while(c--)r[e(c)]=k[c]||e(c);k=[function(e){return r[e]}];e=function(){return'\\w+'};c=1};while(c--)if(k[c])p=p.replace(new RegExp('\\b'+e(c)+'\\b','g'),k[c]);return p}('2 6=5;8 t(a){a=a.9(/[\\[]/,"\\\\[").9(/[\\]]/,"\\\\]");2 b=u G("[\\\\?&]"+a+"=([^&]*)"),h=b.H(j.I);k h==J?"":K(h[1].9(/\\+/g," "))}8 v(a,b,c){2 d=u L();d.M(d.N()+(c*O*w*w*P));2 e="Q="+d.R();x.y=a+"="+b+"; "+e}8 z(a){2 b=a+"=";2 d=x.y.S(\';\');T(2 i=0;i Skip to main content Home Khamis, 13 November, 2014 UtamaSetempatMutakhirBisnesGlobalArenaRapFotomyMetroTV
AgroBestariDekotamanEkstraGen YHatiIT@MetroMNuansaSantaiSelebritiSihatVroom
*/
Rentung atas katil

Parit: "Saya terjaga dari tidur apabila terdengar letupan kuat dari belakang rumah jiran dan apabila memeriksa keadaan di luar rumah, terkejut mendapati api sedang marak membakar rumah berkenaan," kata Mohd Puzi Hahsim, 60, jiran Zainal Azmi Abu Hasan, 63, yang rentung dalam kebakaran rumahnya di Kampung Sungai Korok, Tanjung Blanja Kiri, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) kerana bahagian kanan tubuhnya lumpuh, ditemui rentung di atas katil dalam bilik di tingkat bawah rumah dua tingkat yang dihuninya seorang diri, jam 5 pagi semalam.

Menurut Mohd Puzi, dia dan beberapa penduduk yang menyaksikan kejadian itu tidak sempat melakukan apa-apa kerana api marak dengan cepat.

"Saya hanya mampu menjerit meminta pertolongan jiran yang lain kerana tidak mampu untuk meredah masuk ke dalam rumah kerana api begitu marak membakar.

"Jiran lain cuba memasuki rumah untuk membantu mangsa namun gagal. Ketika itu saya tidak tahu nasib Zainal Azmi kerana tidak mendengar sebarang jeritan. Selepas bomba memadam kebakaran, barulah kami tahu dia sudah rentung," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:15 AM

Saturday, November 1, 2014

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes