Wednesday, November 12, 2014

Ammar matang seiring usia

 Oleh Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my.

Andainya masa boleh diputar, dia ingin menebus semua kesilapan lalu kerana kesilapannya itu, dia terpaksa menanggung akibatnya apabila dipulaukan pihak media tempatan selama empat tahun.


Bukan saja disisihkan media, produksi dan pengarah drama serta filem juga enggan mengambilnya berlakon sepanjang tempoh berkenaan.


Semuanya gara-gara tindakan melulunya melemparkan kata-kata kurang manis dan berbaur ugutan kepada wartawan hiburan menerusi laman sosial Facebook miliknya kerana tidak berpuas hati dengan liputan pergaduhannya bersama bekas kekasih yang juga pelakon Puteri Sarah pada majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie pada 2010.


Selepas sekian lama menyepi, bekas model pakaian dalam dan pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi, Ammar Alfian kembali untuk menyemarakkan persada hiburan tempatan.


Kali ini, pemilik nama sebenar, Ammar Alfian Aziz, 27, mengakui dia ingin tampil dengan imej yang lebih bersih dan sesuai dengan kematangan usianya sekarang


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes